Tuesday, July 7, 2009

MyLife


myself - 45 days on earth

Hi..Saya Pen Kertas..dilahirkan pada 19 OKT 1980 jam 0435 hrs di Klinik Bersalin Kana oleh mama saya (of course la kan) iaitu Nuraini Ahmad. Tapi dari kecil sehingga awal Tingkatan 4, saya dijaga, dibesarkan, disayangi, ditatang bagai minyak yg penuh (cewahhhhh) oleh Arwah nenek sy iaitu Allahyarhamah Khatijah Bee Binti Mohd Ghous. Selepas itu, saya kembali tinggal bersama mama dan ayah saya iaitu Mohd Shafie bin Mat Kassim (jgn tanya lelebih ok...faham2 sendiri) sehinggala saya mendaftar di Politeknik Johor Bahru.


Saya adalah anak sulong dari 5 beradik…Nazatul Fareena, Shamimi, Muhammad Nadzir dan Muhammad Najib..haaaa…3 perempuan..2 lelaki….

Ok...Meh kita kembali ke zaman persekolahan saya...sejak dari Tahun 1 / darjah 1...saya telah mendapat pendidikan di Treacher Methodist Girls School atau nama glamournya TMGS sehinggalah tamat SPM...di zaman sekolah ni la byk sgt kenangan manis yang tak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila..masa sekolah saya aktif dengan kegiatan sukan iaitu, bola jaring dan hoki..saya juga terlibat dengan pasukan beruniform iaitu Kadet Polis..masa ni juga la ayah saya byk beri dorongan..membeli peralatan sukan yg sy perlukan..berjumpa guru untuk tahu pencapaian pelajaran saya dan macam2 lagi..(korang ade ayah macam nih)..hehe..Terima kasih ayah...!!!..walaupun saya ni bukan budak pandai..tapi alhamdulillah..result SPM ok la jugak..hahaha..1997 habis SPM..tapi rezeki untuk sambung belajar blum tiba..

Dalam tempoh lepas habis SPM tu, saya kerja kat Kedai buku Dynamic kat Taiping...masa tu jaga branch kedai buku ni kat sekolah..SK Simpang..kebetulan pulak..maklong saya berniaga kat kantin sekolah yg sama…rezeki..makan free setiap hari..hahaha..pastu saya berenti kerja kedai buku tu n tolong maklong sy kat kantin..masa ni Guru Besar tu tgk saya dan tanya kelulusan..sy pun tanpa malu (sbb result SPM pun ok per)..bgtau la kat dia..haaaaa…dia tros offer saya jadi guru sementara menggantikan Cikgu Yang Sharkawi yang berkursus selama 3 bulan…hehehehe…kira pernah la jugak saya ni bergelar Pendidik pada umur 19 tahun..hehe..percaya tak….percaya la yer..sbb semua tu betul…then bila kontrak berniaga kantin maklong saya dah tamat…sy tolong mama berniaga nasi lemak di waktu malam kat medan Simpang..ada la 8 bulan jugak berniaga kat situ sebelum sy mendapat tawaran belajar kat Politeknik Johor Bahru…

Saya daftar kat PoliJB bulan Disember 1999..1st intake..kelas DIT (Diploma Teknologi Maklumat)..Pensyarah Kelas saya Puan Zubydah Mustafa..kawan2 saya smpi la ni masih ada contact ngan dorang…tak percaya...tapi ini la kenyataan…thanks to FB jugak..masa kat PoliJB, saya masih aktif tapi hanya Netball jer la..sem 1 dan 2 tinggal kat Kamsis HiTech 2..Sem 3..tinggal kat Taman Scientex..Sem 4 tinggal kat Kg. Majidee (umah makcik Emmy Hawa) sbb masa ni practical kat Flextronics Senai ngan Emmy..pastu habis Latihan Industri..balik tinggal kat Taman Scientex..sampai habis..suka duka..??..of course la ada..banyak jugaaa…shhhhuuuu…rahsia..hahahaha…last paper final exam saya tak ingat date tapi bulan Oktober 2002..

Lepas habis belajar kat PoliJB, saya kerja sbgi Clerk kat satu company supplier toys..kejap je keje kat situ..5 bulan je..bulan MAC 2003, majlis konvokesyen kat PoliJB..hadir ngan mama n MJ..MJ tu sape..?? Mama Jat..hehe..kira pangkat dia ‘nenek saudara’..so tamatla sudah cerita kat PoliJB..

Pekerjaan saya..??Berkhidmat untuk Negara…tak payah pjg cerita..sy mula berkhidmat untuk Negara pada 1 NOV 2003..hmmm smpi la skang nih…so sepanjang berkhidmat..suka duka..biasa laaa…tak byk pun lagi..so tutup cerita kerja…

cukup setakat ini…The End.