Thursday, February 10, 2011

Keselamatan ICT / Cyber

Setelah beberapa bulan berehat dari menulis di blog ini, tiba-tiba terfikir untuk meng'update'nya dengan artikel yang boleh memberikan manfaat kepada kita semua... hari ini seperti biasa bekerja. Sedang melakukan tugas sambil melayari alam maya ni..tiba-tiba minda terfikir dan menyoal "sejauh manakah tahap keselamatan cyber di negara kita khususnya dan amnya kepada pemegang-pemegang akaun Facebook yang mana menurut kajian lebih kuran 7 juta org di Malaysia mempunyai dan menggunakan laman tersebut.

Menurut sumber dari Bahagian Keselamatan ICT Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di dalam Panduan Keselamatan ICT yang telah disiarkan oleh Berita Harian, beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengekalkan keselamatan dunia ICT kita. Antaranya adalah seperti berikut:-

  • Rahsiakan kata laluan. Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh : P4s$wOrd untuk password)
  • Salin maklumat penting. Buat salinan dengan kerap dan simpan di tempat yang selamat (backup regularly)
  • Gunakan perisian anti-virus yang sah. Kemas kini perisian anti-virus
  • Encrypt maklumat terperingkat
  • Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet
  • Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali
  • Jangan biarkan komputer anda berada atas talian jika tidak digunakan
  • Log off komputer anda sebelum keluar pejabat

Persoalannya, adakah langkah-langkah yang diberikan di atas berkesan untuk memastikan peralatan ICT kita tidak diceroboh?

Sepengetahuan dari hasil bahan bacaan saya, setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit malah setiap saat, teknologi ICT semakin berkembang yang mana negara-negara besar seperti US, Russia, Japan dan China adalah antara negara yang membuat peralatan-peralatan teknologi canggih ini. Adakah mereka ini secara jujur membina peralatan tersebut tanpa mahukan keuntungan ke atas negara masing-masing?? Pernah sekali semasa saya melayari laman Facebook saya ada diinvite untuk join satu group yang menyatakan bahawa "Facebook adalah sistem CIA untuk mendapatkan maklumat rakyat dunia..." benarkah ini..so fikirkanlah..