Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day..

I DEDICATED THIS TO MY BELOVED MAMA, NURAINI BINTI AHMAD ~

" SHE IS THE FIRST WOMAN I LOVED AND THE LAST I FORGET...I LOVE U MUM DEEP FROM MY HEART..U ALWAYS WITH ME WHEN I NEED U...HAPPY MUM DAYZ FROM ME WT LOVE FOREVER N EVER..♥ ♥ ♥"

Thursday, May 6, 2010

Apa Yang Perlu Anda TahU MengenaI Pembuangan Bayi



Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Mengapa terjadinya pembuangan bayi?
Bayi dibuang kerana:
• Kehamilan yang tidak diingini
• Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Apakah kesan pembuangan bayi?

Kesan dari 3 sudut

1) Perubatan
- Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
- Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
o Kehilangan darah
o Jangkitan kuman
o Kecederaan sewaktu bersalin

2) Psikologi dan sosial
• Murung
• Hilang keyakinan diri
• Rasa bersalah
• Resah atau gelisah
• Masalah emosi dan hubungan interpersonal

3) Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
* Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?

Elakkan kehamilan jika anda belum:
• Berkahwin
• Bersedia membesarkan anak
• Bersedia membina keluarga.

Semua agama utama di Malaysia
• Melarang seks sebelum kahwin
• Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin
• Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri
• Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin
• Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasa boleh berkata "Tidak" walaupun pernah berkata "Ya" sebelum ini.
• Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin
• Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik
• Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela
• Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
o Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
o Dapatkan bantuan jika anda hamil
o Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
• Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
o Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
o Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi

Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?
Dapatkan bantuan dari:
• Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
• Kaunselor sekolah
• Guru sekolah
• Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
• Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:
• Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
• Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
• Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

Copy from : www.infosihat.gov.my

Kita Bantu Pihak Polis

Masyarakat perlu menganggap insitusi kepolisian ini sebagai sahabat dan saudara. Apa sahaja perlu dilakukan agar kita dapat membantu pihak polis dengan ikhlas dan mereka pula dapat bertugas penuh semangat dan bertanggungjawab. Polis juga adalah insan biasa, ada naluri amarah dan budibicara dan ada pepatah mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Kita sepatutnya berterima kasih dan mempunyai perasaan terharu apabila melihat mereka sanggup keluar membantu, bekerjasama membenteras jenayah hasil maklumat yang diberikan, tidak kira masa dan penat lelah, semata-mata atas rasa terima kasih dan menghargai kerjasama masyarakat terhadap tugas mereka. Apa yang dapat diperhatikan, apabila sentimen politik dan ekonomi diadun bersama maka profesionalisme pihak polis akan dipersoalkan. Sentimen membenci anggota PDRM secara longgok dan beramai-ramai kelihatan menjadi-jadi semenjak berlakunya perpecahan politik negara dan bercambahnya kumpulan penjenayah dalam negara. Kebencian ini dilihat telah banyak mempengaruhi anak2 muda negara dan mereka pula dengan rasa kurang hormat telah menghamburkan kata2 kesat bagi mempamerkan kebencian mereka terhadap pihak polis...maki hamun yang dilemparkan tersebut sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa betapa remaja kini tidak dididik untuk menghormati orang lain dan bersikap kurang ajar..

Memanglah tidak dinafi bahawa perkhidmatan PDRM belum bersih sepenuhnya. Kes rasuah dan salahguna kuasa masih berlaku di sana sini. Sekiranya kita asyik menuding jari dan tuduh menuduh ke atas segala tindakan yang dilakukan anggota polis walaupun siasatan masih berjalan, masyarakat akan menjadi semakin renggang dari PDRM. Keadaan ini dikhuatiri akan lebih memburukkan keadaan sediakala dan tidak akan menjadi lebih baik, bahkan kemungkinan semakin ramai anggota yang akan mengambil kesempatan dari kekecohan ini untuk terus melakukan salahguna kuasa. Jika kita sayang untuk mengorbankan masa berharga kita bersama keluarga, begitu jugalah dengan pegawai dan anggota polis. Memang tidak dinafikan bahawa tugas dan tanggungjawab polis adalah mereka diamanahkan untuk menjaga ketenteraman awam dan memastikan tahap keselamatan di Malaysia terjamin, tapi kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu menghormati mereka ini yang sanggup bergadai nyawa bagi memastikan setiap malam kita dapat tidur dengan lena.

Kita sangatlah beruntung kerana adanya KETUA POLIS NEGARA yang sangat prihatin, amat lurus dan telus dalam segala hal. Namun itu tidak cukup untuk membantu membersihkan imej PDRM yang telah tercalar dan memperkasakan perkhidmatan PDRM keseluruhannya tanpa adanya kerjasama dari rakyat Malaysia keseluruhannya. jika kita secara berterusan bermusuhan dengan PDRM, kita sebagai masyarakat akan rugi dan jenayah akan semakin menjadi-jadi. Bagaimanakah kita boleh bergantung harap dengan pihak yang kita caci dan benci..??? masuk akal tak..??

Semoga dengan sedikit perkongsian ini boleh memberi hidayah untuk kita memperbaiki keadaan. Janganlah buka ruang untuk jenayah berleluasa. Jangan kita terus menerus membenci dan mengutuk insitusi yang sentiasa melindungi kita.

Wednesday, May 5, 2010

Isu-isu semasa

Dalam kesibukan menjalankan tugas setiap hari, ada sahaja kes yang menjadi isu yang panas dan sensitif di Malaysia ni. Yang terbaru, kes remaja berusia 15 tahun yang meninggal dunia kerana dikatakan ditembak di bahagian kepala oleh anggota Polis. Kes ini mendapat liputan yang meluas dari media cetak dan elektronik termasuk dunia cyber sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan bagi mendapatkan ketelusan dan keadilan supaya ia dapat diadili dengan sebaik-baiknya.

Sebenarnya, rakyat tidak perlu melatah dan membuat pelbagai spekulasi yang mana boleh mengeruhkan keadaan dan menambahkan kesedihan keluarga Allahyarham remaja tersebut. Mereka sepatutnya berfikir secara waras, tidak memaki hamun serta tidak menggunakan kata-kata kesat ke atas sesiapa pun..yang salah tetap salah.. kebenaran tetap ditegakkan... tapi x perlu menjadi manusia yang hilang pedoman.. hilang pertimbangan... memaki hamun..mencaci ikut sedap hati...bukan budaya kita..sebagai umat Islam, ajaran Islam itu sendiri melarang umatnya berbuat sedemikian... kita perlu ingat.. fitnah itu dosanya lebih teruk dari membunuh... bagi saya, yang salah tidak semesti salah keseluruhannya... yang betul tidak semestinya betul keseluruhanya.. bile fitnah timbul.. ini la yg jadinya... cuba kita letakan diri kita ditempat arwah dan keluarganya.... cuba kita letakkan diri kita di tempat pihak berkuasa yang terlibat... manusia cepat hilang pertimbangan... manusia cepat hilang arah tujuan... ini la segala kelemahan manusia... ambil ia sebagai iktibar dan peringatan..itu cara yg terbaik kepada kedua2 pihak..

takziah kepada keluarga arwah dan al-fatihah kepada arwah.......