Thursday, May 6, 2010

Kita Bantu Pihak Polis

Masyarakat perlu menganggap insitusi kepolisian ini sebagai sahabat dan saudara. Apa sahaja perlu dilakukan agar kita dapat membantu pihak polis dengan ikhlas dan mereka pula dapat bertugas penuh semangat dan bertanggungjawab. Polis juga adalah insan biasa, ada naluri amarah dan budibicara dan ada pepatah mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Kita sepatutnya berterima kasih dan mempunyai perasaan terharu apabila melihat mereka sanggup keluar membantu, bekerjasama membenteras jenayah hasil maklumat yang diberikan, tidak kira masa dan penat lelah, semata-mata atas rasa terima kasih dan menghargai kerjasama masyarakat terhadap tugas mereka. Apa yang dapat diperhatikan, apabila sentimen politik dan ekonomi diadun bersama maka profesionalisme pihak polis akan dipersoalkan. Sentimen membenci anggota PDRM secara longgok dan beramai-ramai kelihatan menjadi-jadi semenjak berlakunya perpecahan politik negara dan bercambahnya kumpulan penjenayah dalam negara. Kebencian ini dilihat telah banyak mempengaruhi anak2 muda negara dan mereka pula dengan rasa kurang hormat telah menghamburkan kata2 kesat bagi mempamerkan kebencian mereka terhadap pihak polis...maki hamun yang dilemparkan tersebut sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa betapa remaja kini tidak dididik untuk menghormati orang lain dan bersikap kurang ajar..

Memanglah tidak dinafi bahawa perkhidmatan PDRM belum bersih sepenuhnya. Kes rasuah dan salahguna kuasa masih berlaku di sana sini. Sekiranya kita asyik menuding jari dan tuduh menuduh ke atas segala tindakan yang dilakukan anggota polis walaupun siasatan masih berjalan, masyarakat akan menjadi semakin renggang dari PDRM. Keadaan ini dikhuatiri akan lebih memburukkan keadaan sediakala dan tidak akan menjadi lebih baik, bahkan kemungkinan semakin ramai anggota yang akan mengambil kesempatan dari kekecohan ini untuk terus melakukan salahguna kuasa. Jika kita sayang untuk mengorbankan masa berharga kita bersama keluarga, begitu jugalah dengan pegawai dan anggota polis. Memang tidak dinafikan bahawa tugas dan tanggungjawab polis adalah mereka diamanahkan untuk menjaga ketenteraman awam dan memastikan tahap keselamatan di Malaysia terjamin, tapi kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu menghormati mereka ini yang sanggup bergadai nyawa bagi memastikan setiap malam kita dapat tidur dengan lena.

Kita sangatlah beruntung kerana adanya KETUA POLIS NEGARA yang sangat prihatin, amat lurus dan telus dalam segala hal. Namun itu tidak cukup untuk membantu membersihkan imej PDRM yang telah tercalar dan memperkasakan perkhidmatan PDRM keseluruhannya tanpa adanya kerjasama dari rakyat Malaysia keseluruhannya. jika kita secara berterusan bermusuhan dengan PDRM, kita sebagai masyarakat akan rugi dan jenayah akan semakin menjadi-jadi. Bagaimanakah kita boleh bergantung harap dengan pihak yang kita caci dan benci..??? masuk akal tak..??

Semoga dengan sedikit perkongsian ini boleh memberi hidayah untuk kita memperbaiki keadaan. Janganlah buka ruang untuk jenayah berleluasa. Jangan kita terus menerus membenci dan mengutuk insitusi yang sentiasa melindungi kita.

1 comment: