Monday, March 12, 2012

Memandu laju dan Melulu ~ Amat Membahayakan


semalam, masa OTW nak ke Kinrara..
dekat Desa Tasik / Bandar Tasik Selatan..
ada accident...
yang menyebabkan kesesakan teruk di MRR2...
masa I sampai kat tempat kejadian...
tgk 1 keto Perodua Viva yang alami kemalangan...

tapi..xmungkin viva tu acciden sorang2kan..
rasanya partner accident or org yang menyebabkan accident tu sure dah lari..
itu lah dia...klu kita tidak langgar orang...kita yg akan dilanggar...

bila fikirkan...ngerinya...
ishkkk...
klu la dapat tangkap org yang lari tu...
kena dakwa dia kan...
Seksyen kat bawah ni ok tak...???

Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, 
secara ringkasnya menyatakan bahawa

Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam,adalah melakukan kesalahan.

Apabila disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit.

Bagi sabitan kali kedua dan susulannya, penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih dua puluh ribu ringgit...


haaaaaaa....
amikau...!!!!
bawak dan memandu la mesin korang tu secara berhemah...
laju2 nak pi mana...
klu rasa nak cepat...kluar la awal...
jgn menyusahkan orang lain...
ishkkkk....

No comments:

Post a Comment