Thursday, September 13, 2012

Terkena serangan 'KUTU KUCING'

Sedikit info mengenai persoalan ttg gigitan kutu kucing. Semoga ianya berguna untuk kita semua.

Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada kucing. Jangkitan kutu memang memeningkan kita. Tapi, boleh ke manusia dijangkiti kutu kucing?




Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.


Warna merah menunjukkan darah yang telah dihisap oleh larva kutu kucing. 

Namun merujuk pada Wikipedia, kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut. Pada pendapat DC, kenyataan ini membawa maksud, jika kita tidak merasa gatal hasil gigitan kutu tersebut.  Tetapi secara amnya, ia boleh dielakkan jika dalam masa 12 jam tersebut, kita membersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.


Rawatan gigitan kutu kucing



Kalau kita nampak ada bintik merah dan terasa gatal di bahagian yang dinyatakan:
  • segera cuci kawasan tu dengan sabun antibakteria;


Antara sabun antibakteria yang terdapat di pasaran.


  • Gunakan air sejuk, kerana dengan menggunakan air panas atau air suam, ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut.
  • Lap kering dgn tuala bersih
  • Sapukan krim hydrocortisone. (Ingat tak lagi DC pernah senaraikan ubat ini dalam First Aid Kit Kucing?) Atau gunakan losyen calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. Menggunakan ice pack juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu. 
Antara produk yg membantu melegakan kegatalan gigitan  kutu kucing

  • Jangan garu sbb ini akan mengalakkan jangkitan bakteria.


Elakkan dari menggaru

Harap info ini membantu :)
Rujukan:
http://www.buzzle.com/articles/cat-fleas-on-humans.html
http://www.orkin.com/other/fleas/cat-fleas-on-humans

No comments:

Post a Comment